Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Tanah Lot VS Rumah Sedia Ada

#TipsHartanah

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum membuat KEPUTUSAN.

TANAH LOT
- Untuk mendirikan rumah sesebuah.
- Pinjaman dari bank 50%-60% dari harga pasaran.
- Tidak semua bank yang membiayai hartanah seperti ini.
- Perlukan modal untuk dirikan rumah. Jika buat pinjaman perumahan perlukan pelan dan dokumen-dokumen yang disahkan oleh beberapa jabatan.
- Pinjaman untuk buat rumah bank hanya beri maksimum 80% dari kos pembinaan.
- Hartanah jenis ini memerlukan modal yang tinggi.
- Kadangkala mempunyai syarat nyata di geran mengatakan dalam masa 2 tahun perlu membina rumah selepas milikan diberikan.
- Jika tiada modal, tanah tadi hanya boleh dibiarkan sahaja. Jika mahu melakukan aktiviti pernbkiagaan atau perusahaan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Vs

Rumah sedia ada.
- Pinjaman maksimum boleh dapat 90% dengan syarat rumah pertama atau kedua.
- Boleh diduduki
- Boleh disewakan tak perlu tunggu modal yang besar
- Boleh dijadikan sumber pendapatan dan modal bayaran bulanan kepada bank.
- Modal serendah 15% sahaja termasuk guaman dan bayaran lain.

Semoga bermanfaat

Tips Beli Rumah Lelong

#TipsHartanah

Sebaiknya periksa kalayakan meminjam pinjaman perumahan dan juga harga pasaran bagi rumah yang hendak dibida.

Ianya sebagai langkah supaya kita tidak membida lebih dari harga pasaran dan juga kelayakan kita.

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman.

Sebaik sahaja menang terus hantar dokumen kepada bank. Tempoh untuk selesaikan baki 90% tu adalah 90 hari atau 120 hari bergantung kepada apa yang ditulis dalam p.o.s.

Semoga bermanfaat

Asingkan Simpanan Bila Gaji Tiba

#TipsHartanah

Gaji hampir tiba, perkara yang pertama-tamanya adalah membayar diri sendiri dengan mengasingkan simpanan 10%-30% dari gaji ke tabung haji atau asb (ada dividen diberi setiap tahun) atau buat potongan auto setiap bulan.

Kedua - Asingkan 2.5%-5% sebagai zakat pendapatan. Dibayar kepada pusat zakat atau terus kepada asnaf yang berhak (orang yang susah) supaya gaji berkat, sikit mencukupi banyak boleh berkongsi.

Ketiga - Beri sekurang-kurangnya 5% kepada ibubapa dan minta mereka doakan kejayaan kita.

Keempat - Bayar hutang terutamanya yang berkaitan dengan perseorangan yang tidak membuat keuntungan atas pinjaman tersebut. Selesaikan yang kecil dahulu supaya kurangkan beban dan permudahkan perjalanan rezeki kita.

Kelima - Sedekah jariah, seringgit setiap hari baru rm30 je sebulan, lebih lagi bagus agar terhindar musibbah dan dipermudahkan rezeki.

Keenam - Solat sunat dhuha penarik rezeki.

Ketujuh - Tambahkan pendapatan sampingan dengan menukarkan hobi kepada wang ringgit. Contohnya suka cantikkan rumah ambil upah cat rumah.

Kelapan - Jangan lupa tabung warna. Disiplinkan diri dengan menabung wang yang telah kita tetapkan. Jika hijau, masukkan wang warna hijau ke dalam tabung setiap kali bertemu.

Semoga bermanfaat untuk anda yang mengumpul 15% wang pendahuluan membeli rumah.

Beli rumah murah kos rendah tidak berdosa (ayat dr azizul)

Gaji RM 2000 susah dapat pinjaman kerajaan

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Jika gaji kita bawah rm2k agak sukar untuk kita dapat pinjaman perumahan. Walaupun harga rumah bawah rm100k.

Solusinya :-

1. Buat kerja sambilan untuk tambahkan pendapatan:- yang ada slip gaji atau yang ada rekod, jika berniaga jadi ejen atau berkaitan dengannya perlu ada ssm dan akaun syarikat. Setiap transaksi ditunjukkan dalam akaun syarikat.

2. Akaun terima gaji mesti tinggalkan sekurang-kurangnya rm1k, jangan kurang.

3. Buat simpanan secara berterusan setiap bulan di asb atau tabung haji (ada dividen). Jangan keluarkan. Bermula dengan 10% dari gaji. Ini untuk menunjukkan yang kita berdisiplin menyimpan.

4. Jangan buat 'pinjaman peribadi' kerana kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi. Ini akan mengganggu kebolehan kita meminjam. Jika mahu buat juga selepas pinjaman perumahan diluluskan.

5. Lupakan saje nak guna kad kredit.

6. Beli motosikal atau kereta terpakai secara tunai yang murah-murah.

7. Jangan buat hutang ansuran mudah kerana ianya akan memudaratkan.

8. Tukar hobi kepada wang. Hobi yang boleh memberi faedah kepada orang lain.

9. Buat bajet perbelanjaan dan ikut dengan disiplin.

10. Ukur gaji di akaun sendiri bukan akaun orang lain.

11. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya, beri duit goyang kaki tiap-tiap bulan masuk dengan cepat. Itu semua indah khabar dari rupa kelak diri merana.

12. Cari jalan untuk tambah pendapatan, kekalkan perbelanjaan dan cara hidup seperti biasa iaitu pendapatan lebih dari perbelanjaan. Usaha doa tawakal.

Usaha itu perit namun kejayaan itu manisnya tidak terkata.

Semoga bermanfaat.

Nak Beli Rumah Macamana

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Saya terima soalan ini dari anak saudara saya sendiri. Dia tahun akhir dalam pengajiannya. Kerja pun belum lagi.

A.S : Achik, kalau nak beli rumah murah macam mana ya?

Saya : Nak beli rumah yang macam mana?

A.S : Yang murah-murah nak disewakan untuk dapat untung. Yang paling murah berapa?

Saya : Kat achik yang paling murah ada RM50k. Rumah flat 3 bilik 2 bilik air.

A.S : Apa yang perlu disediakan.

Saya : Perlu ada kerja yang ada rekod gaji. Nanti dah kerja, simpan duit, mesti nak ada dalam 15% dari rm50k sebab pinjaman 90% je bank bagi.

A.S. : Baik achik nanti tolong tunjuk ajar.

Saya : In sya Allah...

Moral of the story :-

Setiap apa yang kita mahukan perlu ada usaha dan ikhtiar.

Sunatullahnya perlu kerja (usaha) baru dapat duit. Ikhtiarnya pula :- Simpan duit & cari rumah. Tiada istilah rumah percuma semua perlu ada bayaranya. Duit siapa yang bayar itu lain cerita.

Duduk saje goyang kaki dengan beri seribu satu alasan tidak berguna.

Semoga bermanfaat.

Bajet Nak Makan

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Sekarang ni banyak gerai-gerai makan menawarkan nasi ekonomi dengan pelbagai nama dan harga. Nasinya juga boleh tahan banyak dan sedap. Ada kuah, ayam@ikan dan sayur.

- Nasi bajet
- Nasi bujang
- Nasi kaya
- Nasi ekonomi
Dan sebagainya.....

Harga dari RM2.50-RM4.00

Jika bajet makan tengahari kita adalah rm5 kita boleh jimat dari RM1-RM2.50. Jika RM10 kita boleh jimat dari RM6.00-RM7.50.

Air kita minumlah air kosong, lelaki perlukan 3 liter air sehari manakala 2.5 liter untuk perempuan.

Lebihan tadi dimasukkan ke dalam tabung untuk beli rumah. Jangan pandang rendah pada nilai yang sikit kerana usaha yang kecil untuk impian yang besar adalah langkah permulaan mencapai kejayaan.

Semoga bermanfaat.

Penjawat Awam Ada 2 Pilihan

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Bagi penjawat awam ada 2 pilihan selepas mendapat pengesahan jawatan iaitu meneruskan mencarum dengan "kwsp" atau memilih skim pesaraan.

Kebanyakkannya akan memilih skim pesaraan. Maka caruman "kwsp" yang dibuat sebelum ini boleh dikeluarkan separuh dan separuh lagi perlu dimasukkan ke dalam "kwap".

Mana kala pekerja swasta pula mendapat bonus pada setiap tahun (bergantung kepada keuntungan syarikat). Ada yang dapat 2bulan gaji, 3bulan gaji dan ada juga diberi mengikut peratusan. Ianya boleh dijadikan deposit rumah atau disimpan untuk cukupkan modal deposit rumah.

Kedua-dua situasi ini adalah peluang untuk kita jadikan modal deposit rumah. Tetapi kebanyakan kita mensia-siakan peluang yang ada dengan "menjoli katak" wang tersebut.

Rancang beli rumah dari awal supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Semoga bermanfaat.

Ingatan buat anak muda

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Ingatan buat anak muda, waktu yang paling menyeronokkan apabila hendak mendirikan rumah tangga.

1. Rancang beli rumah sewaktu mula bekerja.

2. Kumpul duit jangan dilupa, Tolak dari gaji 10%-30% sahaja.

3. Sebaiknya mula semuda usia, sebelum berputik bunga cinta.

4. Target beli rumah murah kos rendah pun tak apa.

5. Ada rumah sendiri akan membuatkan  Bakal ibubapa mertua akan terpesona.

6. Awek jelita juga mudah jatuh cinta.

7. Utamakan sunah dan pentingkan agama. Pujuk bakal isteri dan keluarga mertua buat majlis sederhana.

8. Supaya kelak keluarga bahagia tanpa hutang kerana bergaya kenduri bagaikan raja.

9. Elakkan pinjaman peribadi kerana faedahnya terlalu tinggi.

10. Siap buat wasiat kena habiskan hutang walaupun sudah mati.

11. Tak ke susah anak bini nanti.

12. Kenduri perkahwinan memanglah sekali, tapi janganlah sengsara bayar hutang kemudian hari.

Beli rumah dulu, beli kereta terpakai
Beringat-ingat dahulu agar kita tidak bergadai.

Semoga bermanfaat.

Gaji rendah susah nak beli rumah

#TipsHartanah

Gaji rendah susah nak beli rumah. Bank pun tak mahu beri pinjaman.

1. "upgrade" diri dengan belajar untuk melangkah 1 tahap lebih tinggi & "upgrade" pendapatan dengan buat kerja "part time". Jangan rasa selesa dengan keadaan sekarang supaya kita boleh "push" diri kita kepada tahap yang lebih baik.

2. Turunkan ego, sedar diri, belajar uruskan duit walau pun gaji sikit. Jika gaji sikit pun tak terurus sama jugalah jika gaji banyak.

3. Buat simpanan berterusan dengan penuh disiplin. Wujudkan tabung warna.

4. Cari rumah murah dan kecil yang tak perlu buat pinjaman bank. Hanya guna duit yang kita simpan selama ini. Ianya tidak mustahil. Contoh flat rm25k. Cantikkan dan sewakan.

5. Segala usaha sudah kita buat, serahkan pada Allah dengan berdoa dan solat sunat dhuha setiap pagi. Jangan tidur selepas solat subuh.

6. Zakat pendapatan dan sedekah selalu kerana ianya tidak akan memiskinkan kita malah Allah tambahkan lagi rezeki.

7. Mohon ibubapa dan orang lain doakan sama-sama.

8. Belanja orang susah makan.

Saya doakan awak yang baca status ini dapat beli rumah. Semoga bermanfaat.

KEMAHUAN VS KEPERLUAN

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

1. Jiwa anak muda suka BERGAYA dan DIPUJI.

2. Gaji pertama habis dijoli. Sebaiknya 10% kepada ibubapa diberi.

3. Kalau boleh makan minum stabak, kepci dan mekdi setiap hari. Sebenarnya nasi campur lebih kenyang boleh jimat lagi.

4. Kad kredit gaya anak muda masa kini, nak berkahwin guna pinjaman peribadi sebab tu perbelanjaan lebih tinggi dari gaji. Elakkan diri jauhkan diri, sebaik je dapat gaji asingkan 10%-30% terus ke asb atau tabung haji.

5. Dah keje lama sikit sudah tentu nak beli kereta. Almera, vios atau honda city. Walaupun gaji sepatutnya proton saga atau axia bukan pilihan hati. Kereta itu liabiliti, esok jual turun harga tak macam harga baru lagi.

6. Gaji kecil tidak sedar diri. Cari jalan tambah pendapatan supaya jadi tinggi. Boleh bagi zakat dan sedekah banyak lagi agar rezeki diberkati. Sedikit mencukupi, banyak boleh dikongsi.

7. Beli rumah dahulu kecil pun tak mengapa, pasaran subsale lelong masih banyak murah lagi. Beli sekarang jika mampu kalau tunggu harga naik tinggi.

8. Gajet canggih banyak perkara tapi bukan guna semua. Untuk bergaya hanya sementara esok lusa keluar model baru pula. Cukup sekadar kemudahan yang berguna. Puji-pujian dari kawan tak kekal lama.

*Lelaki sexy ada rumah sendiri, gegadis Jelita suka lelaki jenis ini.

Pinjam skit ayat abah kacak Dr Azizul Azli :p