Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, semakin ramai murid yang telah membawa bekal makanan ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.
Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang berkhasiat, seimbang dan bersih. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Keracunan makanan juga dapat dielakkan.
Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dilatih untuk berjimat cermat. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk masa depan. Wang tersebut dapat digunakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu membebankan ibu bapa.
Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.
Seterusnya, amalan membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan masa. Murid-murid tidak perlu ke kantin dan berbaris bagi membeli makanan. Masa yang lebih ketika waktu rehat ini boleh digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.
Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan kepada semua murid.
credit : cikgu Salmi
Apa itu Bento?
Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera
Ini adalah contoh hasil bento kaum ibu untuk anak-anak membawa bekalan ke sekolah.Di samping penyediaan makanan seimbang atau lengkap dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan-buahan dalam bentuk yang menarik.Ini adalah supaya anak-anak tidak terdedah dengan makanan yang tidak sihat.
Sekiranya ada ibu-ibu baru yang tiada idea untuk menyediakan bekalan makanan "bento" untuk anak-anak anda,bolehla anda dapatkan resepi ini :
- Idea Bekal ke Sekolah - Menu Asia
Himpunan lebih dari 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada para pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipi dalam buku ini disertakan gambar-gambar cara membuat. Resipi-resipinya juga ringkas, mudah disediakan dan enak. Tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, resipi ini sesuai bagi menjaga kesihatan. Selain dari itu, Chef Azian tip-tip berbento bagi ibu-ibu yang sibuk. Penyediaan bahan-bahan lebih awal serta sos-sos yang disediakan terlebih dahulu menjadikan penyediaan bekal bukanlah sesukar yang dijangka. Dapatkan buku ini di pasaran bagi memberi idea dalam penyediaan bekal untuk anak-anak.
- Ayam Kicap Lada Hitam
- Mihun Putih & Brokoli Kukus Mentega
- Roti Gulung Nutella Strawberi
- Cucur Jagung
- Isi Ayam Bersos Lemon
- Mufin Telur
- Linguini Bawang Putih
- Roti John Sardin & Onion Ring
- Roti Bijan Berinti Udang
- Udang Masak Lada Hitam
- Salmon Masak Halia Bijan & Coleslaw
- Udang Madu Bijan & Nasi Mentega
- Popia Ayam
- Ayam Cornflakes
- Burger Daging Barbeku
- Mi Aglio Olio Malaysia
- Burger Ayam Asia
- Mi Lapis Daging Berkeju
- Makaroni Goreng
- Daging Cencang & Telur
- Chicken Chop
- Cream Crackers
- Mihun Tiram
- Ayam Masam Manis
- Ayam Masak Sos
- Lada Hitam Bermadu
- Roti Goreng Tepung
- Yi Mi Goreng
- Kebab Daging
- Nasi Goreng Keju
- Nasi Goreng Ikan Sardin
- Crepe Daging Goreng Rangup
- Sandwic Ayam Panggang
- Teriyaki
- Ayam Panggang Bernanas
- Bebola Ayam Tom Yam
- Sup Kacang Pis & Roti Keju Bawang Putih
- Ikan Tenggiri Goreng
- Halia Teriyaki & Kubis Bunga Masak Tomato
- Nasi Goreng Kunyit &Omelet Cendawan
- Nasi Goreng Labu & Udang Goreng Gebu
- Onigiri & Kentang Putar Jepun
- Kimbab
- Ayam Karai
- Dumpling
- Nasi Pilaf & Ayam Tandoori
- Nasi Tim
Klik Di sini untuk dapatkan buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia
Ada lagi yer :
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment