Suka Manis, Manis Yang Sihat
Thursday, February 25, 2016
Royal Collagen Capucino
Merupakan salah satu produk kopi yang dicipta khas bagi penggemar penggemar kopi. Ianya dihasilkan dari biji kopi bermutu tinggi serta ekstrak herba herba terpilih dan terbaik. Aromanya yang mempesonakan pasti memikat hati sesiapa untuk mencubanya. Royal Collagen Cappuccino ini juga merupakan produk kopi pertama mempunyai kandungan 19 Dalam 1 di pasaran tempatan.
Antara Isi Kandungan yang terdapat dalam Royal Collagen Cappuccino:
Mencantikan kulit, melembab dan menganjalkan kulit, membantu menstabilkan hormon, antibakteria, membuang toksid, membantu merawat sakit otot, membantu mengawal tekanan darah tinggi dan sebagai.
Menguatkan tenaga seksual lelaki dan wanita, merangsang keinginan seks, memanjang tempoh ereksi, merawat kesuburan lelaki dan wanita.
Buah mahkota dewa mengandungi zat Alkaloid, Flavanoid, Polifenol dan Saponin yang berguna sebagai sumber anti-bakteria dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitas, mengurangi kadar gula darah dan mengurangkan pembekuan darah.
Di gunakan sebagai agen pencegahan penuaan, penawar sakit puan, masalah hati, demam kuning dan batu karang.
Mengatasi kencing manis, menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kolestrol dan lemak.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Habatus sauda ini ialah satu supplement /ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.
Mempunyai ciri ciri antioksida, merawat asma dan mengubati sakit perut yang di sebabkan oleh gastrik.
Khasiat utama ginseng adalah untuk merangsang pembentukkan darah, melancarkan sistem pengedaran darah sekaligus menguatkan jantung.
Membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka.
Mengandungi Xanthone sebagai antioksidan dan anti radang. Sifat antioksidannya melebihi Vitamin E dan C.
Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.
Sistem penafasan : melegakan penyakit sinus atau resdung dan hingus meleleh, mampu mencegah tumor, membantu menormalkan tekanan darah, membantu mengatur fungsi sel sel dalam tubuh.
Melegakan masalah kembung dan senak perut, sakitkepala, selsema dan lenguh lenguh sendi.
Khasiat cabe Jawa ini sebagai anti diabetes dan penghilangrasa sakit dan di dalam cabai tersebut mempunyai Vitamin C yang sangat tinggi.
Dan Shen dikenal akan khasiatnya dalam memlancarkan peredaran darah dan telah umum digunakan untuk perawatan pasca Stroke, Angina dan Hipertensi.
#steviaRCC.
0194352249
BEST KE JADI AHLI RCC
👉 beli sekotak ( 3 botol stevia) RM 140 automatik jadi ahli seumur hidup tanpa perlu renew bagai.
👉 diskaun belian produk. Sebotol boleh dapat rm30. ( harga bukan ahli rm50)
👉 berpeluang untuk menuntut khairat kematian.
( rm4000)
👉 boleh tuntut untuk pasangan, ibu bapa dan anak anak kita ( khairat kematian) walaupun mereka bukan ahli. ( rm2000)
👉 boleh tuntut bantuan kebajikan sekiranya berlaku kemalangan ( patah), bencana alam dan melibatkan rumah sendiri atau sewa. (Rm1000-rm5000.)
👉 belian produk RCC ( kopi atau stevia) akan dapat mata ganjaran. Mata ganjaran boleh dihimpun dan ditebus. ( baucar minyak, beli belah, tab, laptop, umrah, perlancongan, deposit kereta mewah dll)
Semua diatas hanya anda jadi AHLI RCC SAHAJA.
Tidak perlu buat bisnes bagai.
Just ahli.
Tukar gula kepada stevia.
Dan nikmati kelebihan menjadi ahli RCC.
😊 Pengedar Sah RCC Sungai Petani.
019-4352249
Power Of Sedekah
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon7 saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut
untuk bersedekah.7
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Sebagai renungan bersama.
Tanah Lot VS Rumah Sedia Ada
#TipsHartanah
Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum membuat KEPUTUSAN.
TANAH LOT
- Untuk mendirikan rumah sesebuah.
- Pinjaman dari bank 50%-60% dari harga pasaran.
- Tidak semua bank yang membiayai hartanah seperti ini.
- Perlukan modal untuk dirikan rumah. Jika buat pinjaman perumahan perlukan pelan dan dokumen-dokumen yang disahkan oleh beberapa jabatan.
- Pinjaman untuk buat rumah bank hanya beri maksimum 80% dari kos pembinaan.
- Hartanah jenis ini memerlukan modal yang tinggi.
- Kadangkala mempunyai syarat nyata di geran mengatakan dalam masa 2 tahun perlu membina rumah selepas milikan diberikan.
- Jika tiada modal, tanah tadi hanya boleh dibiarkan sahaja. Jika mahu melakukan aktiviti pernbkiagaan atau perusahaan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.
Vs
Rumah sedia ada.
- Pinjaman maksimum boleh dapat 90% dengan syarat rumah pertama atau kedua.
- Boleh diduduki
- Boleh disewakan tak perlu tunggu modal yang besar
- Boleh dijadikan sumber pendapatan dan modal bayaran bulanan kepada bank.
- Modal serendah 15% sahaja termasuk guaman dan bayaran lain.
Semoga bermanfaat

Tips Beli Rumah Lelong
#TipsHartanah
Sebaiknya periksa kalayakan meminjam pinjaman perumahan dan juga harga pasaran bagi rumah yang hendak dibida.
Ianya sebagai langkah supaya kita tidak membida lebih dari harga pasaran dan juga kelayakan kita.
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman.
Sebaik sahaja menang terus hantar dokumen kepada bank. Tempoh untuk selesaikan baki 90% tu adalah 90 hari atau 120 hari bergantung kepada apa yang ditulis dalam p.o.s.

Asingkan Simpanan Bila Gaji Tiba
#TipsHartanah
Gaji hampir tiba, perkara yang pertama-tamanya adalah membayar diri sendiri dengan mengasingkan simpanan 10%-30% dari gaji ke tabung haji atau asb (ada dividen diberi setiap tahun) atau buat potongan auto setiap bulan.
Kedua - Asingkan 2.5%-5% sebagai zakat pendapatan. Dibayar kepada pusat zakat atau terus kepada asnaf yang berhak (orang yang susah) supaya gaji berkat, sikit mencukupi banyak boleh berkongsi.
Ketiga - Beri sekurang-kurangnya 5% kepada ibubapa dan minta mereka doakan kejayaan kita.
Keempat - Bayar hutang terutamanya yang berkaitan dengan perseorangan yang tidak membuat keuntungan atas pinjaman tersebut. Selesaikan yang kecil dahulu supaya kurangkan beban dan permudahkan perjalanan rezeki kita.
Kelima - Sedekah jariah, seringgit setiap hari baru rm30 je sebulan, lebih lagi bagus agar terhindar musibbah dan dipermudahkan rezeki.
Keenam - Solat sunat dhuha penarik rezeki.
Ketujuh - Tambahkan pendapatan sampingan dengan menukarkan hobi kepada wang ringgit. Contohnya suka cantikkan rumah ambil upah cat rumah.
Kelapan - Jangan lupa tabung warna. Disiplinkan diri dengan menabung wang yang telah kita tetapkan. Jika hijau, masukkan wang warna hijau ke dalam tabung setiap kali bertemu.
Semoga bermanfaat untuk anda yang mengumpul 15% wang pendahuluan membeli rumah.
Beli rumah murah kos rendah tidak berdosa (ayat dr azizul)

Kedudukan Kita Di Tahap Lama
#TipsKejayaan oleh Zali Ahmad
Kenal pasti kedudukan kita sekarang ini ditahap mana.
Tentukan di mana kedudukan kira seterusnya beserta masa yang kita perlukan.
Dengan perkataan mudahnya jika kita bekerja "technician" sekarang, usaha ambil periksa dan penuhi syarat untuk "up grade" kepada "technical assistant" dan seterusnya kepada "engineer".
Jika berniaga, jualan rm10k usaha jadi rm20k. Dari perniagaan tunggal kepada buka cawangan.
Semua ini perlu ilmu, belajar, usaha dan tawakal.
Jom usaha sama-sama

Subscribe to:
Posts (Atom)