Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, February 25, 2016

Tanah Lot VS Rumah Sedia Ada

#TipsHartanah

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum membuat KEPUTUSAN.

TANAH LOT
- Untuk mendirikan rumah sesebuah.
- Pinjaman dari bank 50%-60% dari harga pasaran.
- Tidak semua bank yang membiayai hartanah seperti ini.
- Perlukan modal untuk dirikan rumah. Jika buat pinjaman perumahan perlukan pelan dan dokumen-dokumen yang disahkan oleh beberapa jabatan.
- Pinjaman untuk buat rumah bank hanya beri maksimum 80% dari kos pembinaan.
- Hartanah jenis ini memerlukan modal yang tinggi.
- Kadangkala mempunyai syarat nyata di geran mengatakan dalam masa 2 tahun perlu membina rumah selepas milikan diberikan.
- Jika tiada modal, tanah tadi hanya boleh dibiarkan sahaja. Jika mahu melakukan aktiviti pernbkiagaan atau perusahaan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Vs

Rumah sedia ada.
- Pinjaman maksimum boleh dapat 90% dengan syarat rumah pertama atau kedua.
- Boleh diduduki
- Boleh disewakan tak perlu tunggu modal yang besar
- Boleh dijadikan sumber pendapatan dan modal bayaran bulanan kepada bank.
- Modal serendah 15% sahaja termasuk guaman dan bayaran lain.

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment