Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, February 25, 2016

Gaji rendah susah nak beli rumah

#TipsHartanah

Gaji rendah susah nak beli rumah. Bank pun tak mahu beri pinjaman.

1. "upgrade" diri dengan belajar untuk melangkah 1 tahap lebih tinggi & "upgrade" pendapatan dengan buat kerja "part time". Jangan rasa selesa dengan keadaan sekarang supaya kita boleh "push" diri kita kepada tahap yang lebih baik.

2. Turunkan ego, sedar diri, belajar uruskan duit walau pun gaji sikit. Jika gaji sikit pun tak terurus sama jugalah jika gaji banyak.

3. Buat simpanan berterusan dengan penuh disiplin. Wujudkan tabung warna.

4. Cari rumah murah dan kecil yang tak perlu buat pinjaman bank. Hanya guna duit yang kita simpan selama ini. Ianya tidak mustahil. Contoh flat rm25k. Cantikkan dan sewakan.

5. Segala usaha sudah kita buat, serahkan pada Allah dengan berdoa dan solat sunat dhuha setiap pagi. Jangan tidur selepas solat subuh.

6. Zakat pendapatan dan sedekah selalu kerana ianya tidak akan memiskinkan kita malah Allah tambahkan lagi rezeki.

7. Mohon ibubapa dan orang lain doakan sama-sama.

8. Belanja orang susah makan.

Saya doakan awak yang baca status ini dapat beli rumah. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment