Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, February 25, 2016

Ingatan buat anak muda

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Ingatan buat anak muda, waktu yang paling menyeronokkan apabila hendak mendirikan rumah tangga.

1. Rancang beli rumah sewaktu mula bekerja.

2. Kumpul duit jangan dilupa, Tolak dari gaji 10%-30% sahaja.

3. Sebaiknya mula semuda usia, sebelum berputik bunga cinta.

4. Target beli rumah murah kos rendah pun tak apa.

5. Ada rumah sendiri akan membuatkan  Bakal ibubapa mertua akan terpesona.

6. Awek jelita juga mudah jatuh cinta.

7. Utamakan sunah dan pentingkan agama. Pujuk bakal isteri dan keluarga mertua buat majlis sederhana.

8. Supaya kelak keluarga bahagia tanpa hutang kerana bergaya kenduri bagaikan raja.

9. Elakkan pinjaman peribadi kerana faedahnya terlalu tinggi.

10. Siap buat wasiat kena habiskan hutang walaupun sudah mati.

11. Tak ke susah anak bini nanti.

12. Kenduri perkahwinan memanglah sekali, tapi janganlah sengsara bayar hutang kemudian hari.

Beli rumah dulu, beli kereta terpakai
Beringat-ingat dahulu agar kita tidak bergadai.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment