Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, February 25, 2016

Penjawat Awam Ada 2 Pilihan

#TipsHartanah oleh Zali Ahmad

Bagi penjawat awam ada 2 pilihan selepas mendapat pengesahan jawatan iaitu meneruskan mencarum dengan "kwsp" atau memilih skim pesaraan.

Kebanyakkannya akan memilih skim pesaraan. Maka caruman "kwsp" yang dibuat sebelum ini boleh dikeluarkan separuh dan separuh lagi perlu dimasukkan ke dalam "kwap".

Mana kala pekerja swasta pula mendapat bonus pada setiap tahun (bergantung kepada keuntungan syarikat). Ada yang dapat 2bulan gaji, 3bulan gaji dan ada juga diberi mengikut peratusan. Ianya boleh dijadikan deposit rumah atau disimpan untuk cukupkan modal deposit rumah.

Kedua-dua situasi ini adalah peluang untuk kita jadikan modal deposit rumah. Tetapi kebanyakan kita mensia-siakan peluang yang ada dengan "menjoli katak" wang tersebut.

Rancang beli rumah dari awal supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment