#TipsHartanah oleh Zali Ahmad
Jika gaji kita bawah rm2k agak sukar untuk kita dapat pinjaman perumahan. Walaupun harga rumah bawah rm100k.
Solusinya :-
1. Buat kerja sambilan untuk tambahkan pendapatan:- yang ada slip gaji atau yang ada rekod, jika berniaga jadi ejen atau berkaitan dengannya perlu ada ssm dan akaun syarikat. Setiap transaksi ditunjukkan dalam akaun syarikat.
2. Akaun terima gaji mesti tinggalkan sekurang-kurangnya rm1k, jangan kurang.
3. Buat simpanan secara berterusan setiap bulan di asb atau tabung haji (ada dividen). Jangan keluarkan. Bermula dengan 10% dari gaji. Ini untuk menunjukkan yang kita berdisiplin menyimpan.
4. Jangan buat 'pinjaman peribadi' kerana kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi. Ini akan mengganggu kebolehan kita meminjam. Jika mahu buat juga selepas pinjaman perumahan diluluskan.
5. Lupakan saje nak guna kad kredit.
6. Beli motosikal atau kereta terpakai secara tunai yang murah-murah.
7. Jangan buat hutang ansuran mudah kerana ianya akan memudaratkan.
8. Tukar hobi kepada wang. Hobi yang boleh memberi faedah kepada orang lain.
9. Buat bajet perbelanjaan dan ikut dengan disiplin.
10. Ukur gaji di akaun sendiri bukan akaun orang lain.
11. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya, beri duit goyang kaki tiap-tiap bulan masuk dengan cepat. Itu semua indah khabar dari rupa kelak diri merana.
12. Cari jalan untuk tambah pendapatan, kekalkan perbelanjaan dan cara hidup seperti biasa iaitu pendapatan lebih dari perbelanjaan. Usaha doa tawakal.
Usaha itu perit namun kejayaan itu manisnya tidak terkata.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment